-by:amira nadia.
Entry kali ni nak tekan kan pasal *buta hati! yeah eh silap bukan buta hati,buta mata tapi ni buta dapur. . .
okay hari ni sengaja nak cipta ayat pelik ni sebab aku pun pernah menjadi seorang buta dapur. . .yee buta dapur yang tak reti dan tak tahu menahu dalam masakan dan bab bab dapur ni. . . bukan sebab aku sengaja nak buta dapur ni . . .alkisah dulu la masa aku kecik kecik mak yang tersayang selalu menakot nakot kan aku. . .ok nk bubuh dialog sat:
(DIALOG yang ke brapa tah)
mira: mak nak masak lauk ape ari ni?..nak tolong boleh tak?hehe mesti best kan kalau tahu masak ni. . .
mak tersayang: mak nak masak lauk ikan masak asam pedas.eh!kamu tak payah la tolong,bahaya ni,takut kena api je nt,kang mak jugak yang susah. . .
mira: ok! start dri situ aku hampa sgt2.yela kalau dah tiap kali aku try nak masak mak aku asyik menghalau. . .haha pelik kan. . .tp aku tawu niat dan hati seorang ibu yang tak nak anak nya terluka walau sikit pun. . . ermmm :)
yeah kalau teringatkan balik memang malu.Dulu time sekolah rendah ngn menengah rendah kalau kawan tanya ko reti masak tak?haish dengan segan silu dan serba salah aku mengeleng jawab tak tahu sebab mak aku tak nak ajarkan.amik kau jawapan yang ringkas dan padat tu la sape suruh kau tanya :3
tp tu sume DULU ye. . .sekarang ni sudah pandai dan masih menajam kan skill memasak ber tok guru kan mak saya yang tersayang. . .semenjak umur nak menginjak ke 20 tahun,mak aku dengan rela hati memberi restu untuk belajar resipi turun temurun dari nya.Antaranya kari kepala ikan,ayam masak kicap,asam pedas johor.nak rasa bangga kejap.
yang paling best aku buat kek batik tanpa berpandukan mak aku,yelakan orang terlebih kreatif kununn resepi boleh cipta sendiri hihi,nasib baik kekreatifan aku tu menjadi,kalau tak memang naya ngn mak aku. . .
ni hasil nya:
ni hasil nya:
yummy nampak sedap kan ^ _ ^
ni resepi cik mira,buleh la cuba:
Bahan-bahan :
·
2 bungkus biskut Marie (setiap satunya dipecah empat)
·
1 tin susu pekat
·
7 biji telur
·
1 cawan gula pasir
·
1 Buttercup kecil (250g)
·
6 sudu serbuk koko
·
6 sudu serbuk Milo
Cara masakan :
01.Mula-mula, cairkan buttercup, setelah itu matikan api
02.Selepas itu, pukul telur seperti telur dadar
03.Kemudian, campurkan kesemua bahan (kecuali biskut Marie) ke dalam
kuali
04.Seterusnya, buka api sederhana dan kacau bahan-bahan di dalam
kuali tadi sehingga sebati dan sampai kenyal dan nampak berkilat. Setelah itu,
matikan api
05.Selepas itu, masukkan biskut Marie ke dalam kuali tadi dan gaul
sampai rata
06.Masukkan adunan ke dalam loyang yang dilapik plastik supaya mudah
untuk dipotong
07.Akhir sekali, sejukkan di
dalam peti ais selama yang dirasakan cukup.selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment