Saturday, 25 August 2012

Madah-cantik punya :')

Salam.

-by: amira nadia.




jIkA aDa sEsIaPa mEmInTa CiNtAmU

KaTaKaN lAh IaNyA hAnYa PaDa ALLAH s.w.t

jIkA aDa SeSiApA mEmInTa KaSiHmU

KaTaKaNlAh iAnYa hAnYa pAdA RASULULLAH s.a.w

jIkA aDa sEsIaPa MeMiNtA rInDu DaN sAyAnGmU

kAtAkAnLaH iAnYa HaNyA pAdA iBu dAn aYaHmU

JiKa AdA sEsIaPa mEmInTa HaTiMu

kAtAkAnlAh IaNyA hAnYa PaDa YaNg BeNaR2 mEnGhArGaInYa.

Thursday, 23 August 2012

~My Dream.


Salam.

-by: amira nadia



-ni pelamin name nye,tempat untuk orang bersanding.hee tawu dah kan.saje nk bg tawu lg ^_^.ishk mengade kan >_< 
-umur dah 20 tahun.wajib rase nye law benda ni terlintas kat fikiran kan.sume simpan angan-angan ni.harap bukan angan-angan mat jenin(dijauhkan).

:PLEASE PRAY FOR ME :)
p/s:InsyaAllah dipermudahkan,asal kan kita ikhlas demi untuk mendapatkan keredhaan NYA.




Friday, 3 August 2012

Patah hati sinonim dengan airmata,kenapa ye??


Salam.

-by: amira nadia


kita lupa bahawa patah hati itu juga sinonim dengan hikmah:
- Seharusnya kita bersyukur masih diberi rasa patah ini oleh ALLAH, masih boleh menangis, itu ertinya kita masih ada hati kan? bukan hanya sekadar hati, tapi hati yang sensitif, yang lembut dan yang mampu bahagia dan luka. Dan airmata yang mengalir ini dapat membersihkan kelopak mata kita yang kusam menjadi jernih kembali kerana airmata yang berlinang membawa semua kotoran dimata. Menagislah kerana mencintai ALLAH pada saat kita bersendiri. Airmata ini lebih bernilai pahala daripada menangisi si dia, orang yang ditangisi pun tak tahu kita nangis kerananya.



 ”Hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang”
Ingatlah bahawa ALLAH maha membolak balikan hati dan keadaan. Jika hari ini ALLAH masih mengirimkan cinta maka janganlah menjadikan cinta itu berhala dengan memujanya seolah- olah dunia ini milik berdua, jumlah sms jadi lebih banyak dari jumlah rakaat solat, jumlah bil henpon jadi lebih banyak dari RM yang kita sedekahkan, duduk berdua-duaan ditempat sunyi lebih disukai daripada duduk tafakur diatas sajadah dan bermesraan dengan ALLAH.
Dan jika ALLAH membolak balikan hati kita dan si dia dari cinta, maka gantilah kata patah hati itu dengan perkataan syukur hati kerana ALLAH lebih mencintai kita dari pada si dia, terbukti ALLAH mengambil kita untuk dikembalikan kedalam nikmat, limpahan kasih sayang dari kekasih hati yang baru dan selamanya iaitu ALLAH. Siapa yang tak mahu jadi kekasih ALLAH? tenang, damai, indah, cukup rasanya hidup ini  ! 



Thursday, 28 June 2012

Negeri Jelapang Padi

Salam.


-by:amira nadia.


semester1:banyak kenangan aku dengan korang.pahit manis masing-masing merasa ^ _ ^




Genap sebulan dah aku menghabiskan cuti semester dirumah. . . rasa sekejap je pejam celik pejam celik dah nak kne balik kolej semula. . .kali ni aku bakal menempuh semester4. . .yeah! semester yang memerlukan kerap keluar untuk pergi ke KK iaitu klinik kesihatan. . .kebanyakan senior cakap benda yang sama iaitu korang akan rasa heaven sgt bila dah naik semester4 ni,takde stress stress,yang paling kompem badan korg akan naik.yeah! sebab terlampau happy*eh mcm tu??oh no!!!!. . .aku tak sanggup gemuk :(
tapi takpe tu sume tak mematah kan semangat aku. . .semester4 please be nice to me :)


hilang kan stress kamu dengan senyum ^ _ ^

azam semester4 ni:
  • nak peghabih kan cepat cepat semester ni then boleh masuk semester5 pulak hehe.oh yeah!! rasa cepat je kan :D 
  • tak nak ulang kenakalan yang telah aku buat tu! be ware amira. . .jangan terjebak lagi ye.
  • nak belajar rajin rajin tak mawu maen maen dah macam semester yg lepas. . .okey! yg pasal stok tu dah jangan dihiraukan lagi. . .masa depan terletak ditangan sendiri. . .biaq pi la dengan stok stok tu. . .ceh! pui3.
  • Ingat sentiasa pesanan orang tu. ..solat harus jaga dengan kena cukup ye baru la hidup akan tenang dan diberkati oleh Allah.InsyaAllah.
  • Selalu ingat family di kampung yang bersusah payah berkorban utk pelajaran ko ye mira . . .tanpa dorongan mak,ayah,abang abang,adik tak mungkin ko akan dapat pergi sejauh ini. . .p/s:belajar rajin rajin.jangan toleh ke belakang lagi.yang lepas biarkan lepas dan hanya di jadikan pengajaran hidup.
  • Kena selalu ingat dekat Allah. . . selalu berdoa,please jgn mengeluh even benda tu menyulitkan sebab Allah tak suka perangai tu.  . .pastu kena selalu kerap bersabar atas semua dugaan dan cabaran yang akan ditempuhi. . .okey cik mira tak mawu sedih sedih. . .kasi big smile dekat kawan kawan kamo tu ye :)


*WALAU PAHIT YANG HARUS AKU TELAN,YANG MANIS JUGA AKAN KU TUNJUK KAN.NEVER GIVE UP!!!
*ALLAH TAK AKAN MEMBEBANKAN SESEORANG MELAINKAN DENGAN KESANGGUPANNYA.
*HIDUP PERLU MENCARI REDHA ALLAH,BUKAN REDHA MANUSIA.

TARIK NAFAS DALAM DALAM . . .TO MAK AYAH THIS SEMESTER I'LL MAKE U PROUD WITH ME OK.INSYAALLAH :')


Buta Dapur !

Salam.


-by:amira nadia.


Entry kali ni nak tekan kan pasal *buta hati! yeah eh silap bukan buta hati,buta mata tapi ni buta dapur. . .



okay hari ni sengaja nak cipta ayat pelik ni sebab aku pun pernah menjadi seorang buta dapur. . .yee buta dapur yang tak reti dan tak tahu menahu dalam masakan dan bab bab dapur ni. . . bukan sebab aku sengaja nak buta dapur ni . . .alkisah dulu la masa aku kecik kecik mak yang tersayang selalu menakot nakot kan aku. . .ok nk bubuh dialog sat:

(DIALOG yang ke brapa tah)
mira: mak nak masak lauk ape ari ni?..nak tolong boleh tak?hehe mesti best kan kalau tahu masak ni. . . 

mak tersayang: mak nak masak lauk ikan masak asam pedas.eh!kamu tak payah la tolong,bahaya ni,takut kena api je nt,kang mak jugak yang susah. . . 

mira: ok! start dri situ aku hampa sgt2.yela kalau dah tiap kali aku try nak masak mak aku asyik menghalau. . .haha pelik kan. . .tp aku tawu niat dan hati seorang ibu yang tak nak anak nya terluka walau sikit pun. . . ermmm :)

yeah kalau teringatkan balik memang malu.Dulu time sekolah rendah ngn menengah rendah kalau kawan tanya ko reti masak tak?haish dengan segan silu dan serba salah aku mengeleng jawab tak tahu sebab mak aku tak nak ajarkan.amik kau jawapan yang ringkas dan padat tu la sape suruh kau tanya :3

tp tu sume DULU ye. . .sekarang ni sudah pandai dan masih menajam kan skill memasak ber tok guru kan mak saya yang tersayang. . .semenjak umur nak menginjak ke 20 tahun,mak aku dengan rela hati memberi restu untuk belajar resipi turun temurun dari nya.Antaranya kari kepala ikan,ayam masak kicap,asam pedas johor.nak rasa bangga kejap.

yang paling best aku buat kek batik tanpa berpandukan mak aku,yelakan orang terlebih kreatif kununn resepi boleh cipta sendiri hihi,nasib baik kekreatifan aku tu menjadi,kalau tak memang naya ngn mak aku. . .

ni hasil nya:


yummy nampak sedap kan ^ _ ^

ni resepi cik mira,buleh la cuba:

Bahan-bahan :
·         2 bungkus biskut Marie (setiap satunya dipecah empat)
·         1 tin susu pekat
·         7 biji telur
·         1 cawan gula pasir
·         1 Buttercup kecil (250g)
·         6 sudu serbuk koko
·         6 sudu serbuk Milo
 Cara masakan :

01.Mula-mula, cairkan buttercup, setelah itu matikan api
02.Selepas itu, pukul telur seperti telur dadar
03.Kemudian, campurkan kesemua bahan (kecuali biskut Marie) ke dalam kuali
04.Seterusnya, buka api sederhana dan kacau bahan-bahan di dalam kuali tadi sehingga sebati dan sampai kenyal dan nampak berkilat. Setelah itu, matikan api
05.Selepas itu, masukkan biskut Marie ke dalam kuali tadi dan gaul sampai rata
06.Masukkan adunan ke dalam loyang yang dilapik plastik supaya mudah untuk dipotong
07.Akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais selama yang dirasakan cukup.selamat mencuba :)

Tuesday, 26 June 2012

Perkahwinan

Salam.


-by:amira nadia.


entry kali ni nak selit kan sikit pasal perkahwinan. . .ecece.heee segan pulekk nak cakap pasal "kawen" ni.almaklumlah,empunya blog ni pun tak merasai alam perkahwinan ni. . .setakat cakap *bla bla bla beri pandangan *bla bla bla tu buleh la kot huhu. . .tapi tak salah kan,umur pun dah nak masuk 20 tahun :D


sengaja nak letak kan gambar akad nikah ni hehe. . .yela topik pun pasal *perkahwinan :)

MENCARI SEORANG IMAM:
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara REMEH TEMEH.
Perkara ini sengaja nak disebutkan kerana aku fikir, *memilih seorang imam tidak mudah. . .yea betul. . .memang bukan mudah

BERCAKAP PERIHAL BAIK ATAU TIDAK:

Sama juga dengan soalan skeptik : *habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.

Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

"Cari lelaki yg mengingatkan mu tentang sembahyang,
Bukan yang selalu mengajak pergi tgk wayang".



saya terjumpa tumblr ni hihi.to Dear Future Husband  :D ~~



Lafaz Bismillah

Salam.


-by:amira nadia


onggg gedek gedek....wahai kaum adam jangan beri hati anda pada saya kalau anda tidak ikhlas dengan perhubungan yang bakal dicipta :)




ya Allah jauh kan lah perasaan gembira yang sering akan disalah anggapkan oleh hati ku yang lemah ini. . .

ya Allah kejadian seperti ini lah yang bakal mengecewakan aku . . .jauh kan lah "perasaan harapan palsu"

yang ku mahu kan adalah seperti ini. . .
^ _ ^
ingin menjauhkan diri ini buat seketika daripada "cinta manusia" , bukan bermakna membenci ...
cuma mengambil masa ingin kuatkan hati ini untuk menempuh "cinta manusia" yang akan datang ...
dan mahu menanti sesuatu yang pasti di alam realiti ...
bukan mengharap pada sesuatu yang masih belum pasti di alam fantasi .. :')
 

jatuh cinta itu fitrah,
ingin bercinta itu fitrah,
jika fitrah itu di bawa dengan aliran yang betul ia mulia.
jika dialir dengan aliran yang salah itu hina.-Ustaz azhar idrus-