Saturday, 19 May 2012

Biarkan CINTA ITU TERUS DIAM~


Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh ...


:by Amira nadia 

Bila belum sedia melangkah lebih jauh dgn seseorang, cukup cintai ia dalam diam. Kerana diammu adalah BUKTI CINTAMU padanya. Kau ingin memuliakan dia, dgn tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang. Kau tidak mahu memusnahkan kesucian dan penjagaan hatinya..


Kerana diammu memuliakan KESUCIAN DIRI DAN HATIMU. Menghindarkanmu dari hal-hal yang akan memusnahkan IZZAH dan IFFAHmu. Kerana diammu BUKTI KESETIAANMU padanya. Kerana mungkin saja orang yang kau cintai adalah juga orang yang telah Allah pilihkan untukmu..


Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan. KEKUATAN HARAPAN hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu DAPAT BERBICARA DI ALAM NYATA. Biarkan cinta dalam diammu itu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu..




" WAJIBLAH CINTAKU BAGI INSAN YANG BERKASIH-SAYANG KERANAKU "


'AKU MENCINTAIMU KERANA AGAMA YANG ADA PADA MU'


'ALLAH TAKKAN MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN DENGAN KESANGGUPANNYA'


'HIDUP PERLU MENCARI REDHA ALLAH, BUKAN REDHA MANUSIA'


Syukran 

Friday, 18 May 2012

9 Ciri – Ciri Wanita Idaman Lelaki~~


Assalamualaikum w.b.t :)

 :by amira nadia


Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk Adam yg bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :


1. Berpegang Teguh Pada Agama ---> Wanita yg berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yg unggul. Batas-batas syariat yg dipegang dan terpelihara dalam kehidupan sehariannya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yg layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yg bertentangan dengan syariat Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yg beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman ---> Wanita yg tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yg dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS. Wanita yg mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan populariti, harta dan kekayaan.

3. Manja ---> Lelaki suka wanita yg keanak-anakan atau yg ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yg melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan ---> Lelaki menginginkan wanita yg pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yg pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuatkan mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia ---> Wanita yg berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamerkan Keseksian ---> Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki disekeliling.

7. Tidak Cerewet ---> Lelaki suka pada wanita yg tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yg cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya wanita yg cerewet suka mengkritik apa saja yg tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki ---> Wanita yg memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yg cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yg mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang ---> Wanita yg manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini :

.:: – Bersopan satun.
.:: – Senantiasa memaniskan wajah.
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas.
.:: – Menutup aurat dengan sempurna.
.:: – Ramah dan mesra.
.:: – Tidak terlalu cemburu buta.
.:: – Menghormati orang lain.



Inilah 9 ciri-ciri wanita yg menjadi idaman lelaki. Jadikan tips yg terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabahkan diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yg telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.

Sepertimana Dr. Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi. Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama.

Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yg Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri.